3.0 KiB
Sekilas Pandang - Panduan Asas
Selamat datang ke Free-Programming-Books
!
Kami mengalu-alukan penyumbang baru; malah mereka yang membuat Pull Request (PR) pertama mereka di GitHub. Jika anda salah seorang daripada mereka, berikut ialah beberapa sumber yang mungkin membantu:
- Mengenai pull requests (Dalam Bahasa Inggeris)
- Mencipta pull request baru (Dalam Bahasa Inggeris)
- GitHub Hello World (Dalam Bahasa Inggeris)
- YouTube - GitHub Tutorial Untuk Pemula (Dalam Bahasa Inggeris)
- YouTube - Panduan untuk Fork GitHub Repo dan Hantar permintaan Pull Request (Dalam Bahasa Inggeris)
- YouTube - Markdown Kursus Ringkas (Dalam Bahasa Inggeris)
Jangan teragak-agak untuk bertanya soalan; setiap penyumbang bermula dengan PR pertama. Jadi... mengapa tidak menyertai komuniti kami yang besar dan berkembang.
Walaupun anda penyumbang open source yang berpengalaman, ada perkara yang mungkin membuat anda kurang jelas. Sebaik sahaja anda telah menghantar PR anda, GitHub Actions akan menjalankan linter, selalunya mencari sedikit masalah dengan jarak atau abjad. Jika anda mendapat butang hijau, semuanya sedia untuk disemak; jika tidak, klik "Details" di bawah cek yang gagal mengetahui apa yang tidak disukai oleh linter, dan selesaikan masalah dengan membuat commit baru kepada branch dari mana PR anda dibuka.
Akhir kata, jika anda tidak pasti bahawa sumber yang ingin anda tambahkan sesuai untuk Free-Programming-Books
, baca garis panduan dalam SUMBANGAN (terjemahan dalam bahasa lain juga disediakan).